Wednesday, July 24, 2013

KEMANA UMUR DAN HARTA KAMU


USTAZ AHMAD BUHORI

01. Ustaz Ahmad Buhori - Persoalan Di Mashar [23.07.13]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?cdcemo818lozp1a
15 Ramadhan 1434
Surau al-Ihsan

 "Wahai orang-orang yang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang".  Bagi mereka yang telah merasai nikmat dan lazat menyebut Nama Tuhannya pasti tidak akan merasa ragu mengungkapkan betapa indahnya di saat dia bersama Allah,menyebut keagungan namanya, mengamati kejadian makhluk ciptaannya seterusnya merasai kebersamaan dengannya setiap detik dan saat.  Hati yang kotor dengan segala najis kekotoran dosa memerlukan penggilap untuk menjernihkan karat-karat noda yang tersadur dengan perbuatan hina dan keji.Nabi besabda "setiap sesuatu ada penggilap,dan penggilap bagi hati ialah zikrullah".  Hati akan terus terang benderang dengan cahaya zikrullah sehinggakan menjadi mudah baginya melakukan khidmat dan ketaatan kepada perintah Allah dalam keadaan susah mahupun senang.Mereka -mereka seperti ini akan sentiasa tunsuk patuh pada perintah Allah dan bersedia berkorban demi agama walau dalam keadaan apa jua keadaan sekalipun.  Aneh jika terdapat  mereka yang mendakwa sebagai  ahli zikir tetapi tidak besedia menjunjung perintah Allah dalam kehidupan mereka apatah lagi sanggup memengambil idologi barat yang bercanggah dengan islam sebagai peraturan hidup.  Tidak didapat diragukan lagi bahawa hati boleh berkarat seperyi mana berkaratnya tembaga dan lain-lain.Penggilat hati ialah zikrullah.Zikrullah akan menggilap hati dan mencerahkannya seperti cermin putih.  Hati yang putih bersih sesekali tidakkan mempertikaikan ketentuan hukum keatasnya yang berupa kewajipan dan kefarduan apatahlah membantah secara sambrono tanpa melihat kepada maslahah di sebalik kewajpan tersebut seperti mempertikaikan kewajipan menutup aurat.  Merpertikaikan keputusan majlis fatwa akan keharaman umat wanita islam menyertai ratu cantik yg memperagakan tubuh badann seperti binatang ternakan yang hendak dijual merupakan salah satu contoh terdekat bukti pemilik hati yang kotor.  Sebesar-besar musibah yang menimpa keatas seseorang ialah apabila hatinya sudah menjafi keras disebabkan dosa lampau.Imam Hasan Al Basri didatangi seseorang yang mengadu kepadanya tentang hatinya keras.Hasan Basri menasihatinya supaya mendidik hatinya dengan mempetbanyakkan mengucap subhaanallah wal hamdulillah wa allaahu akbar wala haula wala quwwata illa billah.    FAEDAH -FAEDAH ZIKIR § Zikir dapat menghalau syaitan dan gangguannya.Hamba Allah yg menjaga lidah dan hati dengan zikrullah akan dipelihara dan dijauhkan dari tentera-tentera syaitan dan gangguannya.Kalaulah dengan zikir hanya terdapat kelebihan ini saja,sudah layaklah bagi hamba itu tidak berhenti bibirnya dari berzikir.Sesungguhnya syaitan tidaa akan masuk  ke dalam diri melainkan dari pintu-pintu kelalaian, kerana syaitan akan masuk dan tinggal menetap di dalam hati selama hati tersebut berada dalam keadaan lalai dan was-was.Zikrullah dapat mengendurkan kemaraan dan mengecilkan musuh Allah itu menjadi seperti seekor lalat. § Diantaranya lagi,agar kita diredhai oleh Allah bahkan dengan berzikir dapat menghilangkan kesedihan dan kegundahan, mendatangkan kegembiraan dan keriangan, menguatkan hati dan badan, menyinari hati dan wajah, memudahkan rezki dan memakaikan orang yang berzikir sengan pakaian haibah.  Demikianlah antara keutamaan dan kelebihan zikir yang tidak sepatutnya diabaikan oleh setiap individu muslim yang menginginkan kesejahteraan dan pemeliharaan sebenar dari Allah. 

HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS