Wednesday, September 19, 2012

AYYUHAL WALAD - 8 FAEDAH KESELAMATAN AKHIRAT


NASIHAT KE LIMA BELAS

LAPAN WASIAT IMAM HATIM AL-ASAM
RAHIMULLAHHU TAALA

WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA,

Imam Hatim Al Asam adalah murid Imam As Syaqiq Al Balkhi rahimullahu taala . Beliau pernah di tanya oleh gurunya [Syaqiq Al Balkhi rahimullahu taala ] ; Engkau telah belajar daripadaku selama 30 tahun lamanya . Maka apakah ilmu yang telah engkau dapatkan daripadaku ? Hatim Al Asam menjawab : Aku telah dapat menghasilkan  8 faedah daripada segala yang aku pelajari. Pada hemat saya 8 faedah ini sudah mamadai untukku , kerana aku mengharapkan padanya keselamatan dan kesejahteraanku [pada hari kiamat] . Lalu Syaqiq berkata , apa dia 8 faedah itu. Hatim Al Asam menjawab : 8 faedah itu ialah :-

Faedah Yang Pertama :

Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-mahkhluk yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada seseuatu yang dikasihinya dan ada yang di asyikinya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga ke masa ia sakit sahaja , dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur . Manakala yang lainya akan terus balik dan tidak mahu bersama-sama dengan kekasihnya di dalam kubur . Lalu aku terus berfikir, dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur  dan menjadi amalan yang salih ,  maka aku terus menjadikan amalan salih ini sebagai teman dan kekasihku , supaya ia dapat menerangi kuburku , dan menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian .

USTAZ NUR HAFIZI HUSIN

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 13 - 8 Faedah 01 [20.03.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?62y6fcen8z6602b

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 14 [sk] - [05.04.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?0mllv42epbc85a8

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 15 [sk] - [03.05.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?hcxlrkugqlk5sq7

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 16 [sk] - [15.05.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?yqc35m29q4qklad

01. Ustaz Nur Hafizi Husin - Ayyuhal Walad 17 [sk] - [07.06.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?5nz82uoe15f5sxk


HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS