Friday, April 30, 2010

TAZKIRAH : DAYUS SEORANG SUAMI MEMBIAR ISTERI, ANAK DEDAH AURAT DAN MELAKUKAN DOSA

Dalam surah Al-Ahzab ayat 59 Allah berfirman yang bermaksud :"Wahai Nabi, katakan kepada para isteri, anak perempuan dan wanita mukminah yang lain bahawa mereka hendaklah menutup tubuh mereka dengan pakaian (yang menutup aurat). Itu kadar minimum untuk mereka dapat dikenali (sebagai isteri nabi) maka tidaklah mereka akan diganggu. Sememangnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang".

Dalam ayat 31 Surah An-Nur Allah berfirman lagi yang bermaksud “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Kedua-dua ayat ini menjadi dalil kewajipan menutup aurat bagi muslimah dihadapan orang asing yang bukan mahram. Menutup aurat atau arahan hijab sebenarnya adalah untuk kebaikan umat islam seluruhnya. Hijab bukan hanya sekadar tudung tetapi adalah suatu sistem atau himpunan hokum hakam yang membentengi dan melindungi maruah wanita daripada ancaman, gangguan seks dan sebagainya.

Ia juga suatu kebijaksanaan agar khalayak lelaki tidak tergoda dengan kemontokan tubuh dan kecerahan aurat wanita dan rangsangan seks yang diterbitkan oleh pakaian yang terdedah dan gerak laku yang menyebabkan mereka kehilangan keseimbangan dan daya tahan moral. Peraturan ini disepakati oleh ulama dalam pelbagai mazhab.

Ibu bapa atau suami yang tidak mendidik tanggungan mereka dengan didikan islam seperti ini adalah berdosa. Manakala suami yang tidak memerintahkan isteri dan anak masing-masing menutup aurat seperti mana yang disuruh oleh Allah akan ikut berdosa kerana kecuaian terhadap orang yang dibawah jagaan atau tanggungannya.

Dayus jika membenarkan (redha) isteri dan anak-anak mendedahkan aurat dihadapan orang yang haram melihatnya serta perbuatan maksiat yang dilakukan oleh mereka.

Orang dayus berstatus fasik menurut pandangan ulama. Suami yang dayus tidak akan masuk syurga. Berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Ahmad daripada Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda Tiga orang Allah haramkan mereka masuk syurga, penagih arak, penderhaka (kepada kedua ibu bapa) dan lelaki dayus yang membenarkan kejahatan berlaku dikalangan keluarganya.

Sebuah lagi hadis bermaksud“Tiga orang tidak akan masuk syurga, Allah tidak akan memandang mereka pada hari kiamat kelak, iaitu penderhaka kepada kedua ibu bapanya, wanita menyerupai lelaki dan orang yang dayus.

RENUNG-RENUNGKANLAH SEMOGA IANYA MENJADI PENGAJARAN DAN PANDUAN BUAT KITA SEMUA....

HOTSPORT TERKINI UPDATE

CARA NAK PADAM NAMA DI PINTU NURAKA SAQAR

 01. Ustaz Nur Hafizi Husin - 20 Sifat Hati 36 [20.02.24] https://drive.google.com/file/d/1B3DMDmBnB3W5wEMfs0y03zas1-0ge_6a/view?usp=drive_l...

VIRAL BIN VIRUS